Rabu, 14 Disember 2011

Dunia Remaja

Akulah insan
yang bergelar remaja
menjalani tintian hidup
yang penuh dengan pancaroba...

Selautan cabaran terbentang
Segunung  likuan tngginya
Ku tempuhi dengan rela
Demi masa depan ku...

Dalam jalanan berduri
Adakalanya ranting hidup rapuh
Dimamah pencarian yang silau
Di sebalik cahaya
Yang menerpa....

Kecudang sering bertandang
Mewarnai hidup dunia remaja
Tewas dalam kealpaan
Yang terjadi berlalu pergi...

Aku mahu mengubah segala
Mengorak langkah
Dalam meyelari bahtera impian
Berdayung ke destinasi yang di cita-citakan
Menuju kemenara kejayaan...

HIDUP INI

Detik itu
Ketika gerimis mula menjelma
Aku masih mencari
Mencaari erti kehidupan yang sebenarnya...

Kini
Tiada lagi cahaya yang menanti
Kerana ku sedari 
Di sejarah yaang lalu
Telah ku telam lara
Daan terima segala
Dugaan dan badai
Tiada jemu biar pun terluka....

Namun
Mengapa diri ini
Masih tidak mengerti  sebuah kehidupan??
Kehidupan yang sukar di mengerti
Yang berat untuk di fahami..

Hidup ini
Kadangkala kesabaran ku tercabar
Lantas ku memberanikan diri
Merentasi dunia demi mengejar mimpi
Kan ku tanam cita-cita
Untuk kembali menggpi kejayaan
Kerana ku yakin ada jawapan...

KELMARIN YANG HILANG

Kemarin yang hilang
Dimamah kerakusan masa
Menggegari keayuan detik-detik
Mencalari kekehalusan sutera rasa....

Petah bingkai harapan membungkam rebah
Terantuk keserambi dunia keangkuhan
Sana –sini berhamburan secebis kaca
Meluka di lopak hampaa dipapah penyesalan.........

Titipan serpihan yang tertawas
Menyatukan hati-hati yang retak
BERDARAH
Menyatukan t hati-hati yang retak berdarah
Menongkat di pautan yang kian rapuh  dalam
Mencari kelmarin
Hidup malap....

Isnin, 12 Disember 2011

DI sepi muara

Ku menjejaki dipasir mu
Dengan rindu waktu dahulu
Dingin air membawa jauh,terkenanag..........
Desir ombak
Membawa bayu laut,
Untukmerasai sejuk damai suasana semula..

 Disini
Titisan jernih membasahi di muara berwajah sepi
Jiwa ku terusik terbayangkan dimana detik bermula
Disini pernah dua jiwa
Berpadu kasihnya
Didalam redupnya senja dimuara
Masih segar rasa segalanya
Janji-janji setia mu teman yang
Terbina
Dengan mudah kau robohkan
Lalu ku beradar pergi bermusim lamanya
Membawa hati yang luka
Dan lari jauh menyendiri......


kerana tak sanggup ku menuruti
Permainan mu teman biar pun padam
saja terus dan berkubur di lautan sepi
Ku menyusuri di pasir mu
Dengan luka yang terpendang
Tiada lagi tawa dan riang
Yang kau dengar bagai dulu.............

Rabu, 7 Disember 2011

KEBAJIKAN DAN MAKSIAT TIDAK AKAN BERSATU DALAM HATI

Allah Ta’ala berfirman :
    “sesungguhnya orang2 yang selalu membaca kitab allah
Dan tetap mendirikan sembahyaang serta  mendermakan dari
Apa yang kami kurniakan kepada mereka,secara bersembunyi
 atau secara terbuka,mereka(dengan amalan yang sedemikian)
mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengelami
kerugian.
(SURAH FATHIR:ayat 29)

          Rasulullah Sollallahu  ‘Alaihi wa sallam telah
          Bersabdaa,maksudnya:
           “Bacalah al-quran kerana ia akan memberi syafaat Kepada orang2 yang membacanya”
Saudaraku,takutlah kepada allah dan berniatlah untuk meninggalkan muzik
Dan nyayian agar kita mendapatkan husnul khatimah sebagaimana
Yang kata saksikan pada kejadian pertama tadi.
Jangan anda mendapatkan su’ul khatimah sebagaimana terjadi pada kisah kedua..

saudaraku yang ku cintai,orang yang mendapatkan ujian dan cubaan
dengan suka mendengarkan nyayian dan muzik,sudah tentu akan menjauhkan dari
membaca al-quran.kerana cinta menbaca al-quran tidak pernah bersatu dengan cinta
nyayian syaitan.

          Ibnu Qayyim berkata, cinta al-quran dan cinta nyayian
Tidak akan pernah bersatu dalam hati seorang hamba.

Jika anda menyukai muzik dan nyayian pasti anda akan meninggalkan al-quran dan zikir.inilah musibah yang besar dan kecelakaan yang parah.  Allah ta’ ala berfirman
             “dan sesiapa yang tidak menendahkan pengajaran(Al-Quran yang di turunkan oleh Allah)
Yang maha pemurah,kami akan adakan  baginyaa syaitan (menghasut dan menyesatkan),lalu menjadikan syaitan itu temannnya yang tidak renggan daripadanya”
surah al-Zukhruf:ayat36




Selasa, 6 Disember 2011

UNTUK KELUARGA,SAHABAT,DAN ORANG RAMAI

Ketika hari-harimu di liputi kesedihan.
Masalah-masalah yang ada terasa meghimpit dada
Dunia tidak merasa lagi indah
Derih rasanya hati
Oooghh.............
Mana bahagian itu????
Inilah saat engkau merasa membuntuhkaan-nya....
Mendekatinya(ALLAH)
Meminta kepada-nya
Pasrahkan semuanya pemasalahaan mu kepada allah
Kerana sesungguhnya  hanya dialah yang bisa
Menolong mu,bukan yang lain..
ALLAH MAHA BESAR

   “Dan sungguh akan kami beri cobaan kepada mu
     Dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,
    Jiwa dan buah-buahan.....”
     (QS.2;155)

 BERDOALAH DAN BERSABARLAH

Semua akan baik—baik saja
    “sesungguhnya keadaan-nya apabila dia
      Mengkehendaki sesuatu hanya berkata
      KEpadanya “jadilah!!”maka terjadilah ia..”

                                       (QS.36:82)

Tiada sesuatu pun kekuatan yang yang dapat menolong mu,SELAIN ALLAH S.W.T.
JANGAN PERNAH JAUH DARINYA....