Sabtu, 17 Mac 2012

hari kematian

Wahai saudari hendak ingati
Dirimu itu lagi akan mati
Tuntutlah ilmu sebelum mati
Negeri akhirat sedia menanti


Matilah kamu seorang diri
Ibu dan bapa tiada sekali
Matilah kamu seorang diri
ibu dan bapa tiada sekali....


Duduklah kamu berhalir-halir
didalam kubur tempat yang sunyi
sekalian waris semua kembali
tinggallah kamu seorang diri...


lalulah datang mailakat yang garang
kerana menanya rukun islam
lalu ditanya dengan suara yang garang
kalau tak jawab ia pukulkan..
 

pukulnya itu sampai tenggelam
70 hastar sampai ke dalam
Lalu di gali dengan kuku yang panjang
Letak dia dia pukulkan
Pukulnya itu tiada terbilang
Hingga hari khiamat barulah hilang.

Sabtu, 10 Mac 2012

mari membaca

pok amai-amai
belalang kupu-kupu
bacalah sampai pandai
buku-buku pelbagai ilmu
santan lemak manis
... santan kelapa muda
jangan anak menangis
kalau emak suruh membaca

Ahad, 4 Mac 2012

mendakap damai sunyi

Menyaksikan bentangan alam sunyi
Kaku dipagut rindu kalbu
Menusuk ke jiwa nubari
Terus menuju ke lubuk fikiran
Maha kaya nikmat pencipta
Damai yang terhambar di depan mata
Menjadi lembar permaidani kehidupan
 
Mendakap erat melodi alam sunyi
Damai girang mergastua bersahutan
Terbebar di angkasa mega raya
Membentuk kepulan impian ketamadunan
Lubuk fikir daripada rahmat Tuhan
Bersama memakmurkan sewarjagat
Untuk diraup nikmat bersama...................

perjalanan hidup manusia

Hidup yang hanya sebentar di sini
Tak akan dibiarkan berdegup
Dalam buih-buih laut
Yang akhirnya pecah tak tinggal apa-apa
Selain kesia-siaan
Tetap berusaha mencapai
Tangkai suci keredaan-Mu,Tuhan
 Sesungguhnya hidup
Pabila dibiarkan memanjang tanpa tujuan dan pegangan
Menyamai dedaun kering
Di permukaan sungai
Terapung dan hanyut
Dan berakhir di muara
Yang kotor berlumpur
Tanpa harga kecuali kehinaan
 Kujadi engkau kekasihku;paling setia
Bukankah ini yang engkau sukai?

Khamis, 5 Januari 2012

taubat kepada allah

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Rabu, 4 Januari 2012

fatamorgana

Allah berfirman dalam surah al-nur ayat  39 yang bermaksud

Dan orang kafir pula,amal-amal mereka laksana fatamorgana ditanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga.(lalu ia menuju kearahnya)sehingga apa bila ia datang ketempat itu,tidak di dapatinya sesuatu pun yang di sangkakan itu.(demikain keadaan orang kafir tidak mendapat feadah Daripada amalnya sebagaimana yang di sangkakannya) dan dia mendapati ketetapan allah di sisinya,lalu allah menyempurnakannya hitungan amalnya(serta membalasnya) dan (ingatlah) allah segera hitung nasibnya-Nya,

Dalam kamus arab seperti al-mufradat oleh al-asfahani,perkataan (kia’ah) dalam ayat ini merujuk kepada kata jamak daripada perkatan(ki’an) yang bermaksud tanah yang amat lusa yang amat memantulkan bayang-bayang seperti FATAMORGANA.biasanya keadaan ini berlaku pada waktu tengah hari  yang amat panas terik. Maknanya apabila seseorang merasa dahaga berjalan di tempat seperti padang pasir yang luas lalu dia melihat fenomena pembalikan ini,maka dia akan berusaha menuju kesitu untuk minum bagi mehilangkan dahaga.

Perkara yang sama menimpa orang kafir dan munafik apabila dia melakukan kebaikan dengan harapan di balas di akhirat oleh allah s.w.t,perkara yang sama di nyatakan oleh allah s.w.t dalam surah AL-FURQAN ayat ke23 yang bermaksud

“lalu kami bawakan kepada mereka segala amalan yang di kerjakannya,kami jadikan ia seperti debu-debu yang berterbangan...

uban rasulullah

Qatadah meriwayatkan “saya bertanya kepada anas bin malik,adakah rasulullah mewarnakan rambutnya? Ia menjawab, rasulullah tidak pernah melakukannya.meskipun pada kedua-dua pelipisnya terdapat uban. Tetapi Abu Bakar pernah mewarnakan rambutnya dengan inai dan al-katm”

(Riwayat al-tarmizi,muslim,al-nisa.ahmad dan abu daud)

Nikmat maksiat akan hilang tetapi dosa berkekalan

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

“allah berfirman(yang bermaksud) sesiapa yang memusuhi kekasih-mu,maka aku menyatakan perang kepadanya. Tidaklah seseorang hamba yang mendekati diri kepada ku dengan sesuatu yang lebihaku sukai daripada apa yang aku wajib keatasnya. Tidak terhenti-henti hamba ku mendekatkan diri kepada ku dengan amalan-amalan sunnah sehingga  akumencintainya. Jika aku mencintainya,maka aku menjadi pendengarnya yang dengannya,ia mendengar ,menjadi pelihatannya yang dengannya ia melihat menjadi tangannya yang dengannya ia memegang,menjadi kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia meminta  kepada ku,nescaya aku mengabulkan dan jika ia meminta pelindungan kepada-ku ,nescaya aku mengabulkan dan jika ia meminta pelindungankepada ku,nescaya aku putuskan,seperti teragak-agaknya. Aku untuk mewafatkannya sebab dia benci akan kematian,sedangkan aku pula benci untuk menyakiti hatinya.

(Riwayat al-bukhari =hadis sahih)