Sabtu, 17 Mac 2012

hari kematian

Wahai saudari hendak ingati
Dirimu itu lagi akan mati
Tuntutlah ilmu sebelum mati
Negeri akhirat sedia menanti


Matilah kamu seorang diri
Ibu dan bapa tiada sekali
Matilah kamu seorang diri
ibu dan bapa tiada sekali....


Duduklah kamu berhalir-halir
didalam kubur tempat yang sunyi
sekalian waris semua kembali
tinggallah kamu seorang diri...


lalulah datang mailakat yang garang
kerana menanya rukun islam
lalu ditanya dengan suara yang garang
kalau tak jawab ia pukulkan..
 

pukulnya itu sampai tenggelam
70 hastar sampai ke dalam
Lalu di gali dengan kuku yang panjang
Letak dia dia pukulkan
Pukulnya itu tiada terbilang
Hingga hari khiamat barulah hilang.

Sabtu, 10 Mac 2012

mari membaca

pok amai-amai
belalang kupu-kupu
bacalah sampai pandai
buku-buku pelbagai ilmu
santan lemak manis
... santan kelapa muda
jangan anak menangis
kalau emak suruh membaca

Ahad, 4 Mac 2012

mendakap damai sunyi

Menyaksikan bentangan alam sunyi
Kaku dipagut rindu kalbu
Menusuk ke jiwa nubari
Terus menuju ke lubuk fikiran
Maha kaya nikmat pencipta
Damai yang terhambar di depan mata
Menjadi lembar permaidani kehidupan
 
Mendakap erat melodi alam sunyi
Damai girang mergastua bersahutan
Terbebar di angkasa mega raya
Membentuk kepulan impian ketamadunan
Lubuk fikir daripada rahmat Tuhan
Bersama memakmurkan sewarjagat
Untuk diraup nikmat bersama...................

perjalanan hidup manusia

Hidup yang hanya sebentar di sini
Tak akan dibiarkan berdegup
Dalam buih-buih laut
Yang akhirnya pecah tak tinggal apa-apa
Selain kesia-siaan
Tetap berusaha mencapai
Tangkai suci keredaan-Mu,Tuhan
 Sesungguhnya hidup
Pabila dibiarkan memanjang tanpa tujuan dan pegangan
Menyamai dedaun kering
Di permukaan sungai
Terapung dan hanyut
Dan berakhir di muara
Yang kotor berlumpur
Tanpa harga kecuali kehinaan
 Kujadi engkau kekasihku;paling setia
Bukankah ini yang engkau sukai?