Khamis, 17 Januari 2013


                        purnama cinta
                                           
                        
mengapa ye?
Seakan ada satu bisikan rindu,
Memanggil nama mu,
Setiap malam nama mu hadir dalam mimpiku,
Membuat aku teringgat pada mu.


Mengapa ye?
Purnama cinta hadir setiap permuan,
Detik rindu mula berputik,
Adakah Aku dengan `dia’  telah bernama cinta,
Adakan itu cinta mulia.

Mengapa ye?
Setiap kesedihan datang tanpa dialu,
Membuat hatiku kian menjadi keresahan,
Perbuatannya  yang menyentuh hatiku,
Menjadikan diriku, diburu seribu keresahan rindu,
 seribu kepayahan.
Lantasku terkejut dari sebuah lamunan
Tirai semalam telah ku buka seluas-luasnya
Ku  tenung diari semalam
masih ada kekurangan
masih ada yang aku lupakan
tika nafas memdesak memerlukan teman setia
dia datang sebagai penyelamat hidupku
kerana mu sayang
aku mempelajari erti percintaan
aku mengrti makna kehidupan
kini segalanya bukan lagi persoalan kehidupan
kerana telah ku temui semua jawapan.