Sabtu, 3 Oktober 2015

untuk zuriat aku

genap umur aku 22 tahun (Ahad 10/4,2015)
aku masih mencari ilmu pengetahuan
aku masih berada di sebuah universiti
aku masih membina sebuah masa hadapan.
aku masih dalam membahagiakan ibu dan ayah

adakah umur aku 22 tahun ini
mampu membahagiakan semua orang
aku sangat banyak terikat dengan janji-janji
namun aku masih berhutang dosa dengan allah.
ya allah, ampunilah dosa hamba mu ini.

wahai zuriat hidup aku
ingatlah pesan ayah ini
hidup tidak selalu indah
kadang-kadang cerah di siang hari
malam hujan berpanjangan.

wahai zuriat hidup aku
mungkin puisi ayah buatkan ini terlalu awal
namun harapan buat pewaris ayah
jadikan hidup selalu indah dan bahagia.

wahai zuriat  hidup aku
ingat pesan guru-guru
ingat pesan ibu
ingat pesan ayah.
ingat pesan daripada semua orang yang memberi kebaikan.

wahai anak zuriat aku..
ayah menulis puisi ini hanyalah satu penantian sahaja.
yang belum pasti takdir Ilahi.

wahai zuriatku


keliru

hidup ini ibarat air pasang surut yang menghempat pantai
namun kehadiran insan
mengheretkan aku dalam jerat percintaan.

aku keliru dalam memilih  kehidupan sempurna
aku keliru dalam memilih pasangan cinta
aku keliru dalam memilih jiwa insan yang aku cinta
aku keliru dalam menterjemahkan apakah itu cinta

setiap malam aku berfikir dan doa
namun aku tidak mampu menatap bahagia
adakah ini sudah suratan hidup
adakah aku mampu jumpa jalan penyelesaian hidup
 mungkin ini suratan dalam memilih cinta.

aku masih keliru....


Isnin, 28 September 2015

malam menangis

malam ni aku menangis
mengenangkan kisah silam
hatiku duka terhadir dengan lara
mengenang kisah yang lama.

malam ini aku menangis
melihat engkau menglangkah pergi
duka lara menghiasi pintu asmara
hancur musnah,berkecai jiwa.

malam ini aku menangis
aku meleraikan ikatan dengan paksa
aku rela bukan atas niatku
melihat engkau dibawa depan mataku.

malam ini aku menangis
mengenang segala janji yang ditulis
luahan kata ibarat ombak mengukir pantai
sekali hadir akan berubah-ubah.

Sabtu, 26 September 2015

cinta hati

aku keliru mencari punca kehidupan
kehidupan yang lalu banyak mencorakkan nilai dalam kehidupan
aku lelah dalam melangkah mengejar arus dunia
saban hari tiada penghujung.

setiap hari aku mimpi
aku seseakan masuk dalam lembah yang belum pasti puncanya
aku mencari jalan keluar, namun aku sesat dalam arus kegelapan,
kegelapan itu terus menutupi mata aku disaat aku tiada berkuasa.

aku terjaga daripada mimpi
aku melihat sekeliling alam yang cerah
aku bertanya dimanakah aku berada di saat itu?
aku bertanya apakah yang harus aku lakukan di saat itu?
aku bertanya dimanakan harus aku pergi disaat itu ?

namun
aku kalah dalam gemelut alam yang keliru
aku kelihatan seperti seperti biasa,
aku cuba bangkit tetapi aku gagal

tiba-tiba ,
tangan aku dipegang erat,
badan aku melontar keluar dalam mimpi
aku cuba bangkit, lalu aku rebah semula
tangan aku dipegang erat,
lalu aku nampak satu cahaya carah
tangan aku dipegang erat,
aku bertanya, dimanakan aku disaat ini,

tiba-tiba,
suara yang aneh keluar
rupanya itu adalah kekasih hatiku
rupanya aku bermimpi dari alam yang tidak pasti kewujudan aku
dahi dan rambut aku dibelai dengan kasih sayang
aku sungguh bertuah cinta hatiku masih menemani aku di saat aku lemah dan kesakitan
terima kasih cinta hatiku.

Selasa, 22 September 2015

unimas berkasih

Jambatan menghubungkan kasih dan sayang
tempat beradu asmara sang kekasih
kasih sayang berpaut bila melihat wajah adinda
hilang rindu perubat mimpi

Dalam tasik nampak bayang
bayang hilang duka terseksa
adinda hilang kekanda merindu
rindu diubat bila bertemu.

bermadu asamara di tengah tasik
angin bertiup, mengusup kalbu,
hati merindu pada adinda
ubatilah kekanda dengan seribu rasa.

senja hilang malam menjelma
muncul kupu-kupu menyerikan malam
duka dan lara hilang terubat
melihat kekanda bersama adinda.

jambatan cinta diberikan nama,
tempat bertemu dan berkasih  sayang
sang putera dan sang puteri
terbangkit kasih bila bertemu