Sabtu, 3 Oktober 2015

untuk zuriat aku

genap umur aku 22 tahun (Ahad 10/4,2015)
aku masih mencari ilmu pengetahuan
aku masih berada di sebuah universiti
aku masih membina sebuah masa hadapan.
aku masih dalam membahagiakan ibu dan ayah

adakah umur aku 22 tahun ini
mampu membahagiakan semua orang
aku sangat banyak terikat dengan janji-janji
namun aku masih berhutang dosa dengan allah.
ya allah, ampunilah dosa hamba mu ini.

wahai zuriat hidup aku
ingatlah pesan ayah ini
hidup tidak selalu indah
kadang-kadang cerah di siang hari
malam hujan berpanjangan.

wahai zuriat hidup aku
mungkin puisi ayah buatkan ini terlalu awal
namun harapan buat pewaris ayah
jadikan hidup selalu indah dan bahagia.

wahai zuriat  hidup aku
ingat pesan guru-guru
ingat pesan ibu
ingat pesan ayah.
ingat pesan daripada semua orang yang memberi kebaikan.

wahai anak zuriat aku..
ayah menulis puisi ini hanyalah satu penantian sahaja.
yang belum pasti takdir Ilahi.

wahai zuriatku


keliru

hidup ini ibarat air pasang surut yang menghempat pantai
namun kehadiran insan
mengheretkan aku dalam jerat percintaan.

aku keliru dalam memilih  kehidupan sempurna
aku keliru dalam memilih pasangan cinta
aku keliru dalam memilih jiwa insan yang aku cinta
aku keliru dalam menterjemahkan apakah itu cinta

setiap malam aku berfikir dan doa
namun aku tidak mampu menatap bahagia
adakah ini sudah suratan hidup
adakah aku mampu jumpa jalan penyelesaian hidup
 mungkin ini suratan dalam memilih cinta.

aku masih keliru....