Isnin, 15 Disember 2014

Pantun Rindu




Anak itik berenang-renang
Anak ayam berlari-lari 
Hati hamba sangatlah riang
Melihat tuan hamba setiap hari.

Misai pendek tidak percaya
Ibarat kuda hampir mati
Kalau adinda tidak percaya
Belahlah dada, Tanyalah hati.

Luka lama masih dihati
Pokok mati tiada bayang-bayang
Adinda masih dingati
Tidur malam terbayang-bayang

Jikalau kaki tersandun batu
Jatuh selalu tersembang ketanah
Orang lelaki memang begitu
Cakap pandai, tunai tidak pernah.


Buah belimbing buah berangan
Cik Adik manis apa gerangan.

Jangan bermain ditepi buluh
Takut terkena miang buluh
Berjalan malam biarlah bersuluh,
Sudah masuk azam subuh.

Rimba hijau sangat terang
Hijau pandangan sangatlah tenang
Hati kekanda sangatlah tenang
Bersama adinda susah dan senang.

Tengah malam pasang pelita
Pelita dibeli dari Pahang
Ilham bukan sebarang nama
Tulus bicara, orang sayang.

Jangan memanjak pohon berduri
Takut terluka ditempat lama
Adinda dikasihi, sayang dihati
Cinta dihati, abadi selama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan