Rabu, 30 November 2011

perjalanan ini

Melihat cermin hadapan

Memperlihatnya Cuma sebahagian

Melihat cermin pandang belakang

Memperlihatkan masa silam

Melihat cermin sisi

Gembira bahagia bila semua teman-teman mengiringi.......


Perjalanan masih jauh

Tidak pasti akan sampai bila ke destinasi

Hanya allah yang maha mengertahui

Dalam perjalan pernuh liku ini

Pelbagai ragam penuh aksi

Aku redha dengan ketentuan ilahi......
 

Dalam perjalanan ini

Terpandang papan tanda kehidupan

Terpandang alam keindahan alam ciptaan tuhan

Terpandang kitab al-quran pertunjuk arah kehidupan

Terpandang kitab panduan hukum dan syarak......
 

Yang mengingatkan agar sentiasa mengamalkan

Yang mengingati agar sentiasa berpandukannya

Yang mengingatkan agar sentiasa berwaspasa
 

Pada ketika

Terpandang pusara lebuh raya

Disitu bukan destinasi terakhir kita.....cpy

pergi bertemu allah

Aku sudah pulang kepada mu ya allah

Aku kembali dengan sekujur jasad yang kaku dan lemah

Dunia yang fana aku tinggalkan

Hanya bekalan aku bekalkan

Hanya amalan dan takwa untuk bertemu dengan mu

Jasadku telah di semadi dengan penuh keimanan

Dalam liang lahat aku di kebumikan...



Aku terbaring sempit hanya seluas pusara

Aku di timbusi lom dan tanah

Kerana jasadku akan dimamah bumi

Aku terdengar sayu suara dari bumi

Surah-surah al-quran dibaca dan zikir

Tidak putus dari mulut kemulut

Yang di sumbang kepada ku

Untuk membantuku di alam kubur ...



Selamat tinggal kepada semua

Terpisah ku dengan mu untuk selama-lamanya

Nasib kita tidak sama

Hanya kita dan tuhan saja tahu

Aku hanya menharapkan doa-doa

Di kirimkan kepadaku

Untuk membantuku.



Selamat tinggal buat semua

Yang tinggal hanyalah kenangan

Diiringi doa dan air mata

terhijap kita nanti

Disuatu tempat yang abadi

Untuk di hitung

Syurga atau neraka

Hanya kita dan allah saja yang tahu..

Sabtu, 26 November 2011

Cinta




cinta

Kerana cinta itu telah ku bermain cinta
Dan telah ku berpura-pura
Akhirnya kita terpisah dari alam nyata
akhir Suratan yang melanda......

Bulan bintang matahari di alam langit
Dan juga  api cinta yang hangat membaara
telah bersinar- bersinar dan bercahaya
hangat cinta membara....

Cintaku kepadamu semanis madu
bertahkta dihatiku adalah rindu membara
Andaikan  telah  terciptalah istana di bibirmu
Mengapa musnah roboh dihatiku......

Kerana cinta aku tersiksa dan terpedaya
Kerana cinta akuu merana meratap sayu
Kerana cinta aku terpedaya
Kini dikau tiada...


Khamis, 24 November 2011

dimana engkau wahai tuhan

sudah bermusim alam ini sengsara
bumi hanya hanya menumbuh pohon-pohon derita
dan langit yang luka itu
menitiskan luka dan nanah..

empat musim dan empAT penjuru alam
angin panas,matahari memancar kelam
kilat yang berkelit dan guruh yang menyambung
adaalah dongeng cerita2 kosong
hujan penawar tidak perrnah datang..

manusia terus menafas longlai
menolak injap jangtung yang leleh
mata kabur terkejit mengintai
perut kossong terus di penuhi
pohon-pohon dan tanaman yang layu
terus juga membuah racun tanpa rela
di petik oleh manusia...

buah-buah itu meledak pererut membusung
menheret ke sungai yang penuh dengan racun..

mati itu adalah satu rahmat
satu anugerah keramat yang didoa raung seluruh penjuru
jagat ini,tetapi sesungguhnya nyawa itu telah
menjadi makhluk yang amat liar..

apakah tuhan telah berpaling ke lain??????

Ahad, 20 November 2011

Zina



Kau syurga yang nyata
Penuh persona
Mengindah cinta dan asmara
Memuaskan nafsu dan rasa
Dimana damba ku penjara
Alpa
Dan leka
Dimana bahagia
Fana dan  dusta
Membinasa
Menghina-dina.

Waktu luruh menjdi kaca



Waktu luruh
Menjadi kaca
Jalinan kemesraan
Telah pecah.
Tiada  wajah ceria
Tiada senyuman manis
Meninggalkan kesuraman.
Waktu luruh
Menjadi kaca
Berlinangan air mata
Basah hingga ke malam.
Tiada lagi sapaan
Tiada lagi usapan
Kamar semakin suram.
Tiada lagi pertanyaan manja
Tiada lagi waktu kasih sayang
Segala-galanya pecah berderai.

Titik aku di bawah titik maha besarnya



Hanyadesir angin berbaur gelisah lautan telah kau tangkap.
Tak ada awam diam bertasbih.
Gelombang berakar jauh pun tidak mampu menangkapnya.
Melainkan sedikit bukan luas terbentangnya lautan.
Kau bagai badai tetapi tidak seagong badai-Nya.
Melumatkanku hingga luluh,lebur.
Bahkan lautan juga tunduk sebagaimana badai tidak terangkat maha segala maha-Nya.
Hanya titik aku di bawah titik maha bsr-Nya.
Kau juga titik di atas kudan juga tidak terangkat betapa ketiadaan kita dalm keadaan hadir-Nya.

Terbenam di selut kemelut



Telah terbenam di selut kemelut
Hati kemanusian jiwa kemanusian dan keinsafan
Hingga kehidupan merintih setiaap saat
Bergelodak sengketa berlumpur noda
Berkeladak angkara berhanyir dosa.
Telah terbenam di sudut kemelut
Nafas kewarasan kaki pertimbangan
Hingga kedamaian merusuh setiap detik
Tertutup kebebasan tertutup keadilan
Terkurung harapan terkepung impian.
Terbenam di selut kemelut
Gelap menjerut hayat kesejahteraan
Ilham mencerut denyut kebahagian
Hingga kehidupan dicengkam petaka
Setiap detik menanti alir kedamaian
Menjernih kekeruhan menyuci kehitaman
Kembali manusia menjadi manusia
Bergup cinta damai di kalbu kebenaran.

Subuh ini



Biar aku bersendirian
Menyusap ke batin alam
Dalam diam
Meratah mimpi sendiri
Himpun duka dari kepedihan nurani
Kerana
Subuh ini
Telah ku pilih alam yang sunyi
Untuk bertakaful ke dalam diri
Mengenal jasad sendiri
Sebelum bertemu ilahi.