Ahad, 20 November 2011

Kelapa dan kampung bangsa ku



Tinggi melambai angin lalu
rendah menyapu halaman berdebu
luas amat jasa pada melayu
atas sebutan bernama kelapa.
Batangnya kukuh titian lalu
Gajah lintas gagah bertahan
Belah lorek ikir menawan
Sorong golok keris pahlawan.
Pelepah kering ke dapur harian
Baranya garing ayam panggang
Kucing tunggu mudah godam.
Bilah lidi seribu jadi
Pada yang hajat mengerti
Ikat anyam kehendak hati
Boleh jual serata negeri.
Daunnya pembalut ketupat jawi
Lembut urat melurut lpat sila
Pelindung sengat cempedak nangka.
Hampas sisa makan ayam
Kitar bergula jangan terbuang
Bikin ragun sedap rasa
Terjual di pasar raya
Ada di warung desa
Banyak orang suka
Hendak tahu sila cuba
Produk halal satu malaysia.
Sabut pintal kemas ikatan
 tambatan kapal lenggok lemggang
ombak melanda kejap bertahan.
Tempurung cmel rombal hiburan
Atau reka silat senduk warisan
Bakar muda nyala bara
Panas sterika gosok segera
Abu arang jadi bara
Subur  tanaman  ada pasaran.
Kelapa muuda laris tarawan
Berderetan sepanjang laluan
Manis airnya langgah telan
Mata sgar luas pandang
Letih lelah dehaga hilang.
Santan lemak lazak sajian
Kuih serawa sayur gulai
Tumis rendang pengat goreng
Adalah berasas perkongsian rasa
Lambai korban jasa kelapa
Berjajar segenap desa
Hias warisan kampung bangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan