Aku dah nak pulang
Kerana bulan sudah mengambang
Meski seseorang di ambang rumah menghalang
Wajahnya terbahangsinar temaram bulan terang
Berbisik dengan isyarat manja memandang
Aku memutuskan untukmenuurut kemahuanku pulang....
Bulan akan menemaniku berganding
Melalui liku-liku panjang tak terpandang
Bulan kini di atas sana sudah mengambang
Aku harus pulang mengira agar terbilang....
Pulang mesti pada ketika bulan mengambang
Maju ke depan ada bintang berpatah pun ada menerang
Di tempat orang tidak boleh terlalu lama bertandang
Di rumah bertandang jangan melebihi batas di beri ruang......
Bukanku sindirkan kepada mereka yang belum pulang
Atas sinis mengata diri membanding-bandingkan orang
Sekadaar kesedaran peribadi pulang agar dapat berjuang
Untuk sekadar tempatku dulu bermain bernama kampung.....
Aku dah nak pulang kerana
Bulan sudah pun mengambang......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan