Ahad, 20 November 2011

Nur itu permata



Nur itu permata
Yala kota aura curah serap rasa
Di sana terkuak senyum lembut memanggil
Di tengah keperihan dan keluhan
Insani wilayah sempadan
Kitalah yang paling berani
Memancang hasrat
Membahagikan kasih tumbuh di bumi
Demi setia kawan kuat kesatuan
Silaturahim..
Nur itu permata
Bagai tersiram turun disinar bulan
Tak kuasa hati merenun jauh
Bila memandang ada
Tetapi menyentuh
Hanya pada bahu
Sila mengeluh..
Nur itu permata
Nubari nur penyala
Bisikan sukma membenih
Terpancar dalam khayalan indah
Susun warkah antara makna.....
Via bayu lalu hinggap ditanah melayu
Meronta-ronta merekah
Wujud indah tampan rupa
Sapaan nur di relung cerah
Melumatkan jasad yang membeku
Lambaian yala lembut membelai
Menerawang gundah rasa
Hanya memendang rasa
Sejuta tanya
Bilakah bersuara...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan