Ahad, 20 November 2011

Selangkah kau berdiri di belakang bayang-bayangku



Selangkah kau berdiri di belakang bayang-bayangku
Akur setia pada janji
Kerana kau wanita yang berani dan melindungi wangi kepercayaanku..
Rukuk dan sujudku pada ilahi
Juga hanya
Satu gerak sebelum mu
Kerana aku muslimin yang mungkin
Melangkaui kepemimpinan dan amanah menjagamu...
Ada sesekali tanganku mengutip jari-jarimu
Mendamping rapat hingga rusuk kirimu
Bertemu
Rusuk kanan ini
Kita pun  seiring  menyamai....
Dan menyirami
Kudup dan kuntum
Perkasihan ditaman bahagia...
Adakalanya atmaku tersentuh syahdu
Melihat sinar matamu
Penuh izin dan percaya
Menhantarku ke pentas juang...
Aku pun kehilangan gentar
Walangku pudar
Bara api menyala bertukar
Dalam genggam
Jadi arang yanh diam..
Dan kau pun berdiri utuh
Selangkah di belakang bayang-bayangku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan