Aku sudah pulang kepada mu ya allah
Aku kembali dengan sekujur jasad yang kaku dan lemah
Dunia yang fana aku tinggalkan
Hanya bekalan aku bekalkan
Hanya amalan dan takwa untuk bertemu dengan mu
Jasadku telah di semadi dengan penuh keimanan
Dalam liang lahat aku di kebumikan...
Aku terbaring sempit hanya seluas pusara
Aku di timbusi lom dan tanah
Kerana jasadku akan dimamah bumi
Aku terdengar sayu suara dari bumi
Surah-surah al-quran dibaca dan zikir
Tidak putus dari mulut kemulut
Yang di sumbang kepada ku
Untuk membantuku di alam kubur ...
Selamat tinggal kepada semua
Terpisah ku dengan mu untuk selama-lamanya
Nasib kita tidak sama
Hanya kita dan tuhan saja tahu
Aku hanya menharapkan doa-doa
Di kirimkan kepadaku
Untuk membantuku.
Selamat tinggal buat semua
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
terhijap kita nanti
Disuatu tempat yang abadi
Untuk di hitung
Syurga atau neraka
Hanya kita dan allah saja yang tahu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan